Host kini boleh menikmati penghantaran kereta secara automatik!

Ada berita baik untuk Host TREVO! Mulai 1 Jun 2022, semua penghantaran kereta akan diatur secara automatik.

Anda tidak perlu lagi menghubungi Perkhidmatan Pelanggan untuk mengatur penghantaran kereta!

Kini, anda boleh meluangkan lebih banyak masa untuk menguruskan kereta yang akan dipandu oleh Guest.

Ketahui proses baharu penghantaran kereta anda:

  1. Apabila seorang Guest telah membuat tempahan dengan khidmat penghantaran dan/atau pengambilan kereta, dia telah pun membuat bayaran untuk perkhidmatan ini. Jika anda menerima tempahan tersebut, kami akan menguruskan penghantaran kereta tersebut secara automatik.

  2. Kami akan mengatur penghantaran ke/dari alamat Host berdasarkan lokasi yang dikemaskini dalam aplikasi TREVO. Jika lokasi kereta anda tidak sama dengan alamat yang tertera di dalam profil Kereta Host anda di app TREVO, sila maklumkan kepada kami melalui live chat.

  3. Anda akan menerima notifikasi daripada aplikasi TREVO apabila tugas penghantaran telah dikemaskini di dalam sistem.

  4. Jika anda mahu menghantar kereta anda sendiri, anda tidak lagi perlu mengisi borang Penghantaran Sendiri Host kerana ia boleh dilakukan di dalam app sekarang.

  5. Setelah tugas penghantaran diberikan kepada rakan kongsi penghantaran, anda akan menerima notifikasi yang mengandungi butiran hubungan rakan kongsi penghantaran.

  6. Jika terdapat sebarang perubahan pada tugas penghantaran — contohnya, perubahan dalam tugasan rakan kongsi penghantaran atau sebarang pembatalan — kami akan memaklumkan anda anda melalui aplikasi TREVO juga.

Penting!

Sila pastikan bahawa nombor telefon dan alamat yang tertera di dalam profil Kereta Host anda adalah yang terkini.

  • Jika nombor telefon anda tidak tepat, sila kemas kini butiran anda di aplikasi TREVO.

  • Jika alamat anda tidak tepat, sila hubungi kami melalui live chat.

Soalan Lazim

  1. Apakah yang berlaku jika tiada rakan kongsi penghantaran menerima tugas penghantaran atau mereka membatalkan tugas penghantaran Terdapat beberapa pilihan yang tersedia:

    • Host boleh menghantar atau mengambil kereta sendiri kepada/daripada Guest dan pada masa yang sama, mendapat bayaran. Pilih penghantara sendiri melalui aplikasi TREVO.

    • Guest anda juga boleh mengambil kereta daripada anda. Kami akan membayar balik kos perjalanan e-Hailing mereka ke/dari lokasi anda jika mereka menghubungi kami.

  2. Adakah Host masih perlu meminta penghantaran 3 jam sebelum masa tempahan bermula?

    Tidak. Anda tidak perlu lagi menghubungi Khidmat Pelanggan untuk mengatur penghantaran.

  3. Apakah yang berlaku jika rakan kongsi penghantaran tidak dapat dihubungi?

  4. Sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui live chat untuk mendapatkan bantuan.

  5. Apakah yang boleh saya lakukan jika tiada kemas kini mengenai status tugasan penghantaran saya?

    Sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui live chat untuk mendapatkan bantuan.

  6. Bagaimanakah saya akan tahu jika rakan kongsi penghantaran sedang dalam perjalanan ke lokasi saya?

    Host boleh menyemak status penghantaran terkini di dalam aplikasi.

  7. Rakan penghantar lewat menghantar atau mengambil kereta saya, adakah saya akan mendapat pampasan?

    Bergantung kepada keadaan, anda akan diberi pampasan jika terdapat kelewatan dengan penghantaran atau pengambilan kereta anda yang berpunca daripada pihak TREVO. Sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

  8. Guest memberitahu saya bahawa rakan kongsi penghantaran lewat menghantar atau lewat mengambil kereta saya, apa yang boleh saya lakukan

    Bergantung kepada keadaan, Guest akan diberi pampasan jika terdapat kelewatan dengan penghantaran atau pengambilan kereta yang berpunca daripada pihak TREVO. Sila nasihatkan mereka untuk menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

  9. Bagaimana jika saya perlu menukar masa atau lokasi penghantaran?

    Sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan melalui live chat untuk sebarang pertukaran berkaitan penghantaran kereta.

  10. Jika Guest yang tidak membayar untuk penghantaran atau pengambilan kereta semasa membuat tempahan ingin mengatur penghantaran atau pengambilan secara tiba-tiba, apakah yang perlu saya buat?

    Kami tidak akan dapat mengatur penghantaran atau pengambilan jika ia tidak dipilih oleh Guest semasa membuat tempahan kereta. Kami sarankan supaya Host menghantar kereta sendiri atau Guest mengambil kereta daripada Host.

  11. Berminat untuk membuat penghantaran sendiri bagi kereta anda?

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai penghantaran sendiri dan insentif yang anda akan perolehi di sini.

Previous
Previous

Feature: Dynamic Pricing

Next
Next

Hosts can now enjoy automated delivery arrangements!